Untukmu Sahabat (my asigment group)
2:58 PM Edit This 0 Comments »Banyak hal terlewatkan begitu saja
Keceriaan, gelak-tawa serta canda ria
Semuanya mengalir begitu saja
Waktu yang tersedia
Seolah tak mampu untuk menampungnya
Begitu cepat berlalu
Berlari seolah tak mau berhenti
Kenangan-kenangan itu tak terasa
Pergi meninggalkan semua kegembiraan
Keceriaan, gelak tawa serta canda ria
Satu persatu kenangan itu hilang sekejap mata
Ada sederet senyum saat terlintas memory yang dulu kala
Kenapa kegembiraan itu harus pergi?
Tidak searah dengan langkah kaki?
Kapan ini semua bisa terulang kembali?
Akankah kita tidak akan pernah bertemu lagi?
Sahabat…
Semua yang pernah kita jalani
Hari demi hari, waktu demi waktu
Tatkala kita lalui semuanya bersama
Banyak hal yang pernah terjadi
Karena itulah liturgi hidup yang kita miliki
Kadang benci, kesal dan kecewa
Juga senang, hormat dan sayang
Sungguh luar biasa apa yang telah kita lalui bersama
Inikah pemberian tak ternilai dari Sang Kuasa?
Yang sering kali tak pernah kita syukuri adanya
Ya Allah…
Lindungilah mereka yang kucinta.
Oleh : Fathul Wafie
Khas Buat my best friennd.... :)
2:39 PM Edit This 0 Comments »Agar ketika hatimu berkecamuk
Kau dapat menyepi kesana mencari tentram
Ingin kutangkap dan kukotakkan sepuluh kupu
Agar kala sedih tiba
Kau dapat membuka kotak itu untuk memberimu riang.
Ingin kugapai dan kuberi kau seratus pelangi,
Agar di tengah badai mengamuk
Aku dapat bersamamu mengusir sedih
Ingin kupetik dan kuberi kau seribu mawar
Agar kala kemarau dating menyengat
Aku dapat bersamamu menebar senyum
Hatiku ruah dengan semangat membumbung
Untuk menyentuh hatimu
Dan membuatnya girang
Dengan sejuta angan-angan
Aku berikan diriku
Agar kau dapat mengejar mimpi riang
Aku sadar sahabat, diriku terbatas,
Aku sedang belajar
Menggapai pelangi,
Menanam mawar,
Mengejar kupu
Membangun gunung
Tapi, sementara aku belajar
melakukan semua itu,
Mari kau pegang tanganku erat
Sandarkanlah dirimu di bahuku
Karena aku sahabatmu.

TAHNIAH kepada Adik Nik Nor Madihah Nik Kamal-SPM 20A
3:05 PM Edit This 0 Comments »KOTA BHARU, 12 Mac - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
|
Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini. Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.
Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2). Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A. Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.
Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal. Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.
Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM. Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.
"Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus," katanya. Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A). Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.
Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan. "Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya," kata beliau.
Tahniah kami ucapkan kepada adik Nik Nor Madihah Nik Kamal atas kejayaan ini. Anda telah menambah bukti bahawa pelajar agama mampu bersaing dalam bidang akademik, tidak sebagaimana tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh beberapa pihak yang sering memperlekehkan sekolah-sekolah agama. Mudah-mudahan anda menjadi contoh kepada generasi ke depan nanti, InsyaAllah.
Doa Seorang Kekasih
11:01 PM Edit This 0 Comments »Doa Seorang Kekasih
Album : In-Team’04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.
Buat Insan Bernama LELAKI
3:00 AM Edit This 0 Comments »dulu
Bila disebut lelaki
wanitanya mendongak megah
lelaki kami Asadullah, Saifullah
tokoh kami tidak terkira
kini
bila disebut lelaki
wanitanya menunduk lemah
tokoh kami sedikit sekali
ramainya, boneka yahudi
dulu
bila disebut lelaki
wanitanya tenag dihati,
lelaki kami menjaga, melindungi
kini
bila disebut lelaki
wanita cabut lari
lelaki kianat, perogol bersiri
dulu
bila wanita teraniaya
sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita
kini
ribuan wanita suci dipenjara
fatimah diperkosa minta dibela
lelaki tunduk tak bertenaga
dulu
bila wanita di bawah jagaannya
lelaki memagari sehabis daya
tiada siapa berani mengoda
kini
bila wanita dibawah jagaannya
lelaki tidak kisah aurat terbuka
wanita dibiar bebas, binasa
dulu
lelaki menggadai harta dan nyawa
untuk mengankat kemualian agama
kini
lelaki menggadai ketinggian agama
demi nafsu, dunia dan seisinya
dulu
lelaki bermatian mencipta sejarah
kental berjihad, teguh berdakwah
kini
lelaki hanya menyanjugi sejarah
diri bermalas, tenaga tidak dikerah
dulu
lelaki memperjuangkan deen dan umah
Al-Farouq, Zunurain mati dibunuh
kini
lelaki memperjuangkan diri dan kroni
hingga sangup membunuh
dulu
lelaki bersatu menhadapi musuh
angkatan tentera kuat dan teguh
kini
lelakinya berpuak dan berpecah
sesama sendiri salaing bertelingkah
kembalilah lelakiku
pada KELAKIANMU
kami rindukan lelaki dulu
acuan madrasah Rasul
nukilan
srikandi syria