KEM JATI DIRI REMAJA MUSLIM (KERIS 09)

5:11 PM Edit This 0 Comments »

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

KERIS 09, (Kem Jati Diri Muslim 09) ,telah selamat melabuhkan tirainya pada 26 Januari 2009. Kem yang dijadualkan 24-26 Januari merupakan anjuran Kelab Rakan Surau Ar-Rashidin bersama dengan Biro Latihan & Pembangunan Sahsiah Kolej Harun Aminurrashid meninggalkan kesan yang bermakna kepada saya terutamanya. Ini kerana banyak perkara baru yang telah saya pelajari dan saya dapat daripada program ini. Program ini merupakan anjuran julung-julung kalinya, dan saya selaku ahli rakan surau telah mendapat taklifan sebagai UNIT DISIPLIN & PROTOKOL berusaha memberikan yang terbaik kepada para peserta biarpun masih banyak ruang yang menuntut untuk diperbaiki.

Andai ada lafaz yang lebih mulia daripada ucapan terima kasih, itulah lafaz yang ingin saya ucapkan kepada para peserta KERIS 09 kerana komitmen yang cukup baik dan sahabat-sahabat urusetia, biarpun ada beberapa perkara yang menjadi halangan kita. Semoga kefahaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan dan disampaikan kepada rakan-rakan yang lain.

" SEMOGA UKHWAHFILLAH YANG TERJALIN KEKAL SELAMANYA"

0 comments: